Saturday, January 8, 2011

Tak kenang Budi

Ceritanya begini.... Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. nasib malang menyebabkan mereka kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami hentakan di kepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari . Akhirnya sisuami telah terjaga dari komanya. Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih di sisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan ; " Ayang sentiasa di sisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun,abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abgang terus mencuba..."
Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah,"masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan ,ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang.."
Air mata si Isteri bergenang. Di sekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja,abang kerja sungguh2 untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang....ayang masih di sisi abang."
"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap kecil, abg di pecat dengan notis 24 jam,...ayang masih di sisi.
mata si suami bergenang."dan...sekarang abang terlantar di sini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi."Esakan si isteri bertambah kuat..
Si suami berkata lagi,"Abang rasa ayang ni bawak sial la...berambuslah sekarang!!".

0 comments: