Wednesday, February 9, 2011

::Takut Bini::

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekalian rakyatnya,lelaki sahaja,berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang taku bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Raja(dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Raja : Wahai saudara,kemari mengadap beta.
Lelaki:Tuanku lah kemari.
Raja: Heh!! Aku raja kamu,kamulah kemari.
Lelaki : Tuankulah kemari.
Raja(dalam hati) :Tak apa, ilmu punya pasal aku pergi.
lalu baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Raja : Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patiklah orang yang paling takut kepada bini.
Raja : Kan tadi beta dah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah beta??
Lelaki : Sebenarnya tuanku,isteri patik telah berpesan kepaa patik supaya tunggu di tiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.
Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

Tuesday, February 8, 2011

Kemalangan Malang

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu melanggar tiang lampu dan terbalik..kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua..Seorang wanita tua..dan dua orang anak kecil..luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga..masih sihat tanpa sedikit luka pun.
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu..lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet...apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh..kereta terbalik beberapa kali..jadi apa yang di lakukan oleh lelaki tua itu?"
Si Monyet menirukan gerakan mabuk sambil menggayakan minum arak...
Polis : Oh..lelaki itu sedang mabuk semasa memandu,Dan bagaimana pula wanitu itu?? Anak-anak juga buat apa?"
Si Monyet menirukan posisi orang tidur..kemudian bergerak-gerak seperti orang sedang bertengkar.
"Oh..okey..saya dah faham..wanita tua itu tidur dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta..dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan...si monyet kemudian menirukan gaya memandu..

:Cakap biar Terang:

Suatu pagi yang indah di sebuah sekolah rendah,seorang guru yang begitu dedikasi mengajar murid-muridnya tentang bahaya minuman keras kepada mereka.
Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang berisi dengan air mineral dan arak...
"Cuba perhatikan murid-murid..lihat bagaimana cikgu akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan cikgu, akan cikgu masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri akan cikgu masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul".
Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.Seperti di jangkakan,cacing yang berada dalam gelas berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat murid-murid memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi???"
Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,"Untuk mengelakkan cacing, kita hendaklah minum arak cikgu."
Cikgu: !@##$%%^@#