Wednesday, February 9, 2011

::Takut Bini::

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekalian rakyatnya,lelaki sahaja,berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang taku bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Raja(dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Raja : Wahai saudara,kemari mengadap beta.
Lelaki:Tuanku lah kemari.
Raja: Heh!! Aku raja kamu,kamulah kemari.
Lelaki : Tuankulah kemari.
Raja(dalam hati) :Tak apa, ilmu punya pasal aku pergi.
lalu baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Raja : Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patiklah orang yang paling takut kepada bini.
Raja : Kan tadi beta dah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah beta??
Lelaki : Sebenarnya tuanku,isteri patik telah berpesan kepaa patik supaya tunggu di tiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.
Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

3 comments:

indah.com said...

tak la lawak sgt.tapi kreatif

indah.com said...

tak lawak sgt.tapi ok kreatif

Unknown said...

tq..