Wednesday, January 26, 2011

::Cepat Kering::

Ada dua sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama hanif dan yang sorang tu bernama Tony . Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka di benarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan si Tony ni terus melompat ke dalam kolam...apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan si Tony.
Fuhh!! nasib baik tak lemas. Memandangkan si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannya tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.
Keesokannya harinya si hanif telah ke kerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai lerr tuu. Apabila melihat wajah si hanif,beliau mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang Pertama ialah berita baik,awak akan di bebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras.
Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya di beritahu yang dia di jumpai di dalam biliknya dengan lehernya tergantung."
Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab," Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

0 comments: