Wednesday, January 26, 2011

:::::::Gadis Perasan:::::::

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul-betul di depan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa-apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu denga lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima Kasih,Saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain-lain penumpang, " Tak apa,tak payah susah-susah, saya lebih suka berdiri, " Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, " Woii cik kak!! saya nak turun laaaaaa!!!!! saya dah terlepas perhentian saya tau!!! Apa punya perasanlah dia ni!!!?

0 comments: