Thursday, January 27, 2011

Banduan Bijak!!!

Seorang bapa menulis surat kepada anaknya yang berada di penjara kerana terbabit dengan kes rompakan bank.
Tulisan surat si bapa berbunyi, "Anakku,ayah sudah tua, tak larat lagi nak ke bendang, orang lain dah mula membajak. Tapi siapa nak tolong ayah? kamu pula dipenjara."
Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian,bunyi balasan surat tersebut ialah:
"Tolonglah ayah..!! jangan di bajak sawah itu..kerana di snalah saya tanam duit bank yang saya rompak!"
Rupanya surat itu di sensor pihak penjara,lalu berita itu di sampaikan kepada pihak polis,maka datanglah ramai polis dan jentolak untuk menggali sawah milik bapa banduan tersebut dengan harapan dapat menjumpai wang rompakan.
Si bapa kembali menuli surat kepada anaknya,"Anakku,setelah ayah terima suratmu,datang satu pasukan polis dan jentera membajak menggali seluruh sawah tetapi tidak berjumpa apa-apa pun. Apa harus ayah buat sekarang??
Si Anak membalas kembali surat tersebut,"Sekarang ayah bolehlah mula menyemai padi,bukankah sawah sudah di bajak dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka semua."

2 comments:

rahman said...

hahaha pandai ko buat cerita. mujur sangat la kalu polis bawak jentera membajak, silap abih sewah tu kener korek jadi lombong

Unknown said...

klau dah jadi lombong...ayah dia tukar kerjaya la..jadi pelombong...hehe