Tuesday, May 3, 2011

::::Jangan Benci Kucing::::

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan illahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah suda sedia ada membela seekor kucing siam.


Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya


hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancanga untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin


Pucuk di cita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah mengankap si Tompok, disumbat dalam karung beras. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km, lalu di humbanlah si tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu "cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.


Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si tompok denga sombong bongkaknya melanggok depanpintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapt di gambarkan. Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah . Budin tidak putus asa begitu sahaja, alan-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.


Maka nekadlah budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang tompok lagi jauh tapi di bawanya tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan di tempuh, sekjap ke kiri sejap ke kanan, yang lurus yang bengkok segala kona segala selekoh habis di rempitnya dan akhirnya si tompok dibuang begitu sahaja.Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.


Budin : Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak.., tanya budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...
Gayah : Ada, ada dekat pintu tu haa, kenapa?? Tanya gayah kehairanan.
Budin : Panggil dia ! Herdik Budin dengan nada yang tinggi....
Gayah : Kenapa?? tanya gayah lagi.
Budin : Aku nak tanya dia , bagaimana nak balik ke rumah..Aku sesat ni!!!...

0 comments: