Monday, May 14, 2012

Hantaran Tinggi

........................................................................................................................................................................
Emak Jenab : Yerlah.....anak saya belajar lulus universiti..taknaklaa kita ni nak tetapkan berapa-berapa...tapi biarlah patu-patut...selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 ribu...tapi ini lah satu-satunya anak pompuan saya...harap-harap paham je laah.

Emak Rizal : Saya paham maksud awak....tapi saya harap awak pun pahamlah ya...kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti...biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat...

Rizal : Yelah makcik...Makcik ni jual anak ke kereta?? klau tak macam gini....sekarang jugak saya downpayment 2 ribu . Saya bawak balik anak makcik...malam ni saya test drive dulu semua..tapi kalau dah lemau, enjin pun tak bagus...anak makcik dengan deposit semua makcik boleh simpan..!!!

Emak Jenab&Emak Rizal : !!!!!!!!!!

Kalau dah gila..

Sebuah kapal terbang membawa 30 orang pesakit jiwa untuk dipindahkan. Keadaan di dalam pesawat menjadi hingar bingar akibat hampir kesemua pesakit membuat bising.

..........Pilot yang bertugas merasa terganggu dengan kebisingan mereka lalu mengarahkan pramugari supaya menasihati mereka.

.........Pramugari tersebut mendapati hanya seorang sahaja yang berdiam diri manakala yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing. Pelbagai cara telah dilakukan tetapi mereka tetap tidak mengendahkannya.

........Akhirnya pramugari tersebut meminta pertolongan pesakit jiwa ini untuk mententeramkan rakan-rakannya. 5 minit kemudian, suasana menjadi sepi.

.........Pilot menyuruh pramugari menyiasat apakah cara yang telah digunakan oleh pesakit tadi. Pramugari bertanya kepada pesakit jiwa yang membantunya... " Mana kawan-kawan awak yang lain?"
Pesakit jiwa itu menjawab, " Saya suruh mereka main kat luar.

Pramugari itu ??????????????? tak terkata apa-apa.

Ajaran Sesat

Ustaz Rock : Assalamualaikum kelas..
Murid-murid : Waalaikumussalam Ustaz..
Ustaz Rock : hari ni ustaz tanak mengajor sebab ade perkara yang nak ustaz bincang. Isu sensetif nih..
Murid 1 : Isu ape ustaz? saspen jer bunyi nyer...orang saspen pun tak saspen camnieh..
Ustaz Rock : Memang sensitif tahap maksima nih..sebelum tuh..ade orang pantai timur tak kat sini?
Murid 2 : saya Ustaz...saya orang Ganu
Ustaz Rock : kamu jangan terasa yer..Ni saya dapat dari ustaz-ustaz seluruh negara. Kajian mendapati orang Terengganu dengan Kelantan nih tak percaya kepada Tuhan mereka..
Murid 2 : Eh Ustaz...tak baik tuduh-tuduh ustaz...berdosa besar ustaz
Ustaz Rock : Astaghfirullahalazim kamu ni....ustaz belum habis cakap lagi..sabo-sabo la dulu..
Murid 1 : Teruskan Ustaz..
Ustaz Rock : kamu rasa kenapa yer orang pantai timur ni camtu? apa pendapat kamu?
Murid 1 :Hishh....ada unsur-unsur politik ke ni ustaz? Bahaya nie...report kat guru besar kang baru tau.
Ustaz Rock : Ler....ni lagi sorang...takde langsung laa..bebawak mengucap dulu.
Murid 2 : Dah tu apa Ustaz?
Ustaz Rock : Oklah...ustaz terus-terang..tapi ni bukan ajaran sesat tau..sebab nyer orang lain sebut " Tuhan "..
tapi orang Terengganu sebut " Tuhang"...orang Kelantan pulak sebut "Tuhe"...tak gitu? "

Lalu Murid 1 dan Murid 2 pun hanya menggeleng kepala....deiii...dah nama pon Ustaz Rock...sabo je la.

Tuesday, May 3, 2011

::::Jangan Benci Kucing::::

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan illahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah suda sedia ada membela seekor kucing siam.


Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya


hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancanga untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin


Pucuk di cita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah mengankap si Tompok, disumbat dalam karung beras. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km, lalu di humbanlah si tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu "cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.


Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si tompok denga sombong bongkaknya melanggok depanpintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapt di gambarkan. Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah . Budin tidak putus asa begitu sahaja, alan-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.


Maka nekadlah budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang tompok lagi jauh tapi di bawanya tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan di tempuh, sekjap ke kiri sejap ke kanan, yang lurus yang bengkok segala kona segala selekoh habis di rempitnya dan akhirnya si tompok dibuang begitu sahaja.Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.


Budin : Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak.., tanya budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...
Gayah : Ada, ada dekat pintu tu haa, kenapa?? Tanya gayah kehairanan.
Budin : Panggil dia ! Herdik Budin dengan nada yang tinggi....
Gayah : Kenapa?? tanya gayah lagi.
Budin : Aku nak tanya dia , bagaimana nak balik ke rumah..Aku sesat ni!!!...

Kalau Dah Malang....

Seorang wanita cantik dan sexy telah terjatuh dari tingkat 8 sebuah pasaraya mewah. Untunglah di tingkat7 ada seorang lelaki amerika menyambutnya.


Wanita : "Bagaimana caraku?"
Lelaki Amerika : " Tidurlah denganku.."
Wanita : "Celaka kau, tak mau!!!"
Lelaki Amerika  : "Ya sudah klau nggak mau.." Mat salleh kemudiannya melepaskannya dan seorang lelaki Francis menyambutnya di tingkat 5.
Wanita : Terima kasih anda telah mnolong saya.."
Lelaki Francis : "sama-sama,tapi anda harus membalas budi"
Wanita : "Bagaimana caranya?"
Lelaki Francis : Tidurlah denganku..."
Wanita : "Bangasat kamu, tak mau..!!"
Lelaki Francis : "Ya sudah kalau tak mau..."...lelaki Perancis kemudian melepaskannya dan wanita itu kembali terjatuh...ke tingka 4 dan 3 tanpa ada siapa yang menyambutnya. Hingga di tingkat2 seorang lelaki arab menyambutnya, dia mahu diajak tidur daripada memikirkan terus jatuh dan mati.


Wanita itu segera mengatakan, "Terima kasih anda telah menolong saya. Sebagai balas jasa, anda boleh tidur dengan saya.."
Lelaki Arab : "Astaghfirullah!!!"..............Lalu lelaki arab itu melepaskannya kembali....dan akhirnya jatuhlah si wanita itu.





Wednesday, February 9, 2011

::Takut Bini::

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekalian rakyatnya,lelaki sahaja,berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang taku bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Raja(dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Raja : Wahai saudara,kemari mengadap beta.
Lelaki:Tuanku lah kemari.
Raja: Heh!! Aku raja kamu,kamulah kemari.
Lelaki : Tuankulah kemari.
Raja(dalam hati) :Tak apa, ilmu punya pasal aku pergi.
lalu baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Raja : Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patiklah orang yang paling takut kepada bini.
Raja : Kan tadi beta dah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah beta??
Lelaki : Sebenarnya tuanku,isteri patik telah berpesan kepaa patik supaya tunggu di tiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.
Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

Tuesday, February 8, 2011

Kemalangan Malang

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu melanggar tiang lampu dan terbalik..kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua..Seorang wanita tua..dan dua orang anak kecil..luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga..masih sihat tanpa sedikit luka pun.
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu..lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet...apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh..kereta terbalik beberapa kali..jadi apa yang di lakukan oleh lelaki tua itu?"
Si Monyet menirukan gerakan mabuk sambil menggayakan minum arak...
Polis : Oh..lelaki itu sedang mabuk semasa memandu,Dan bagaimana pula wanitu itu?? Anak-anak juga buat apa?"
Si Monyet menirukan posisi orang tidur..kemudian bergerak-gerak seperti orang sedang bertengkar.
"Oh..okey..saya dah faham..wanita tua itu tidur dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta..dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan...si monyet kemudian menirukan gaya memandu..